Articles

BAGAIMANA CARA MENJUAL PENUKAR PEMANGKIN ANDA KEPADA KAMI?

Posted by Nurul
19 Dec 2017 0 comments

mascot malay

Tahukah anda bagaimana anda boleh menjual penukar pemangkin kepada kami?

Mudah sahaja memandangkan kami telah menyediakan platform untuk anda menggunakan aplikasi mahupun lawan web kami. Disini terdapat langkah-langkah untuk menjual penukar pemangkin anda.

Buka laman web kami http://www.skubai.com.my dan daftar akaun anda sama ada secara individu atau syarikat dengan hanya mengisi tempat kosong yang disediakan didalam borang talian kami.

Setelah selesai mendaftar, anda boleh mula mencari dalam katalog kami yang sentiasa di kemaskini dan terdapat 10000 rujukan serta harga pasaran yang paling tepat. (Anda boleh cari menggunakan jenama, kod pemangkin dan model pemangkin).

Tambah penukar pemangkin yang telah dipilih didalam katalog dari rujukan dan gambar yang terkini serta tekan hantar.

Dua kaedah untuk menghantar penukar pemangkin anda iaitu pertama anda boleh menghantar pemangkin ke gudang kami. Kedua kami boleh memungut pemangkin di premis anda bergantung pada tempat.

Kami akan memeriksa kesemua pemangkin dan mengesahkan kesesuaian penjualan anda.

Akhir sekali, apabila pengesahan terhadap barang mematuhi senarai jualan, maka kami akan meneruskan pembayaran dengan wang tunai.

Itu sahaja langkah-langkah yang perlu anda gunakan apabila ingin menjual pemangkin kepada kami. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami dan kami akan membantu anda.