Articles

BAHAGIAN DALAM CATALYTIC CONVERTER

Posted by Zuliera
13 Apr 2017 0 comments

Catalytic Converter ( CC )  biasanya terdiri daripada beberapa bahagian:
1.    Inti pemangkin (substrate). Penggunaan CC pada bidang automotif biasanya menggunakan inti dari seramik monolit dengan struktur sarang lebah (honeycomb). Monolit tersebut dilapisi oleh FeCrAl pada beberapa aplikasi.

2.     Washcoat. Washcoat adalah pembawa material pemangkin digunakan untuk menyebarkan pemangkin tersebut pada kawasan yang luas sehingga pemangkin mudah bertindak balas dengan pembuangan gas . Washcoat biasanya diperbuat daripada aluminium oksida, titanium oksida, silikon oksida dan campuran silika dan alumina. Washcoat dibuat dengan permukaan agak kasar dan bentuk yang tidak biasa untuk memaksimumkan luas permukaan yang kenalan dengan gas buang sehingga pemangkin dapat bekerja secara lebih efektif dan berkesan.

3.     Pemangkin atau penapis . Pemangkin biasanya terbuat dari logam mulia. Platinum adalah pemangkin yang paling aktif diantara logam terbaik lain dan secara luas digunakan namun tidak sesuai dengan segala aplikasi kerana adanya rekasi tambahan yang tidak diingini serta harganya yang mahal. Palladium dan rhodium adalah jenis logam terbaik lain yang biasa digunakan secara bersamaan. Palladium berfungsi sebagai pemangkin tindak balas pengoksidaan, rhodium digunakan sebagai pemangkin rekasi pengurangan dan platinum boleh melakukan kedua-dua reaksi tersebut (pengoksidaan dan pengurangan). Logam lain yang kadang-kadang digunakan walaupun secara terbatas adalah cerium, besi, mangan, tembaga dan nikel. Digunakan secara terhad kerana mempunyai produk sampingan yang juga cukup berbahaya. Nikel dilarang di Kesatuan Eropah kerana reaksinya dengan CO menghasilkan nikel tetrakarbonil. Tembaga dilarang di amerika utara kerana menghasilkan sebatian dioksin.