Articles

APA ITU CATALYTIC CONVERTER ATAU PEMANGKIN GAS

Posted by Zuliera
31 Mar 2017 0 comments

Catalytic Converter (CC) atau pemangkin gas yang kini mula banyak diaplikasikan untuk mengurangkan pembebasan gas pada kenderaan terutama kereta. CC adalah sebuah alat kawalan gas yang di buang dari kenderaan bermotor ,pembakaran  yang menukar zat - zat kimia beracun keluar dari sistem exhaust menjadi zat - zat yang lebih rendah kadar racunnya. Di dalam CC terdapat pemangkin yang merangsang tindak balas kimia yang berfungsi menurunkan kadar racun gas yang dibuang. Pada kebanyakan kereta mempunyai bahan bakar petrol (gasoline) terdapat 3 pencemar utama yang akan dineutralkan iaitu karbon monoksida (CO), bahan hidrokarbon yang tak terbakar (HC) dan nitrogen oksida (NOx) yang akan diubah menjadi karbon dioksida (CO2), gas nitrogen (N2) dan air (H2O). Kerana bertugas meneutralkan 3 pencemar maka CC jenis ini sering disebut "three way converter”.

CC yang secara luas digunakan pada kenderaan bermotor ternyata juga terkadang diaplikasikan pada penjana elektrik, peralatan perlombongan, lori, bas, lokomotif, kapal terbang, dan dapur. Namun, penggunaan itu semua biasanya berkaitan dengan peraturan pemerintah negara masing - masing berkenaan batas pelepasan yang boleh dihasilkan melalui hubung kait dengan kesihatan dan keselamatan kerja.


catalytic converter